
Salam ceria sihat kaya bahagia,
        Peluang menjadikan keunikan dan keindahan ‘LOBSTER’, sebagai pengisi ruang dan masa yang amat menguntungkan
Projek Penternakan dan Pembiakan Udang kara Air Tawar:-
•         Merupakan satu industri ternakan baru & mempunyai potensi amat baik.
•          Lobster air tawar mudah diternak disamping permintaan dan pasaran yang luas.
•          Lobster merupakan hidangan eksotik, rendah kolesterol dan tinggi protein.
•         Penternakan dalam bekas plastik, kolam simen/kenves atau aquarium(Hiasan).
•         Dalam/luar rumah sendiri atau bangunan kedai.
•         Dengan mengunakan air paip yang ditakung semalaman(dirawat).
Peralatan Yang Mudah Dan Murah, sebagaimana penyediaan memelihara ikan dalam akuarium.
BAGAIMANA DENGAN KEUNTUNGAN!!!..
•         1 ekor induk betina udang kara (Lopster) boleh bertelur dari 50 hingga 1500 biji telur.
•         Induk betina boleh bertelur tiga kali setahun.
•         Penternakan udang kara air tawar boleh membesar dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci.
•         1 ekor udang kara air tawar mempunyai berat dari 75gram
            hingga 250 gram.
Berkenalan dengan Udang kara Air tawar.
•         Rupa bentuk serupa dengan udang kara laut.
•         Bezanya ia mudah di pelihara.
•         Udang kara air tawar memiliki dua bahagian iaitu Kepala dan Badan, cengkerang  yang menutup kepala udang  tersebut berfungsi untuk melindungi organ tubuh seperti otak, insang, hati dan tepi organ.
•         Udang kara merupakan spesies yang tidak memiliki tulang dalam.
•         Permukaan tubuh dan organ luarnya diliputi dengan cangkerang
•         Sepasang antena yang berperanan untuk merasa dan meraba makanan dan keadaan sekitar.
•         Sepasang antena yang berfungsi untuk menghidu sebelum mengambil makanan.
•         Sepasang penyepit yang lebar dengan ukuran lebih panjang dibandingkan dengan ruang dasar penyepitnya.
•         Enam ruas badan (abdomen) agak menipis dengan lebar badan rata-rata hampir sama dengan kepala.
•         Satu ekor tengah yang pipih sedikit lebar dan dilengkapi duri-duri halus yang terletak di semua bahagian tepi ekor serta dua pasang ekor tepi yang pipih.
•         Enam pasang kaki berperanan ketika renang.
•         Induk betina yang sedang bertelur, kaki renang memiliki  rangsangan untuk bergerak bagi meningkatkan oksigen terlarut disekitarnya sehingga keperluan oksigen telur dan larva dipenuhi.
•         Kaki renang digunakan untuk membersihkan telor dan larva dari kekotoran.
•         Empat pasang kaki untuk berjalan.
•         Jantina udang kara dapat dilihat melalui perbezaan pada bahagian kaki dan ukuran sepit.
•         Udang kara jantan memiliki sepit lebih besar dari induk betina.
•         Kecerahan warna kulit  dan warna pada hujung sepit dapat membezakan jantan dan betina.
KAMI MENAWARKAN PELUANG USAHASAMA DENGAN KAEDAH SISTEM PAWAH BERKELUMPOK, DENGAN KADAR PULANGAN +- 100% SETAHUN